3

TIGA NASIHAT PENGGUGAH JIWA
Sayyidina Ali bin Abi Thalib karamallahu wajhah pernah berkata:

كُنْ عِنْدَ اللهِ خَيْرُ النَّاسِ وَكُنْ عِنْدَ النَّفْسِ شَرُّ النَّاسِ وَكُنْ عِنْدَ النَّاسِ رَجُلًا مِنْ النَّاسِ

  1. Jadilah manusia paling baik di sisi Allah.
  2. Jadilah manusia paling buruk dalam pandangan dirimu.
  3. Jadilah manusia biasa di hadapan orang lain.

Syaikh Abdul Qadir Al-Jaiani berkata: “Jika engkau bertemu dengan seseorang hendaknya engkau memandang bahawa dia itu lebih mulia daripada dirimu. Lalu, katakan dalam hatimu: ‘Boleh jadi dia lebih baik di sisi Allah daripada diriku dan lebih tinggi darjatnya.

Jika dia orang yang kecil dan lebih muda umurnya daripada dirimu, maka katakanlah: ‘Boleh jadi orang kecil ini tidak banyak berbuat dosa kepada Allah, sedangkan aku adalah orang yang paling banyak melakukan dosa, maka tidak diragukan lagi kalau darjatnya jauh lebih baik dibandingkan diriku.’

Jika bila dia orang yang lebih tua, maka hendaknya engkau katakan dalam hatimu: ‘Orang ini telah lebih dahulu beribadah kepada Allah daripada diriku.’

Jika dia adalah orang ‘Alim, maka katakan pada dirimu: ‘Orang ini telah dianugerahi oleh Allah sesuatu yang tidak mampu kudapatkan, telah mendapatkan apa yang tidak mampu aku raih, telah mengetahui apa yang tidak aku ketahui, dan telah mengamalkan ilmunya.’

Jika dia orang yang bodoh, maka katakan dalam hatimu: ‘Orang ini duhaka kepada Allah kerana kebodohannya, sedangkan aku durhaka kepada-Nya, padahal aku mengetahuinya. Aku tidak tahu dengan apa umurku Allah akan akhiri atau dengan apa umur orang bodoh itu akan Allah akhiri.’

Jika dia orang yang kafir, maka katakanlah dalam hatimu: ‘Aku tidak tahu boleh jadi nanti dia masuk Islam, lalu menyudahi seluruh amalannya dengan amal soleh, dan boleh jadi aku terjerumus menjadi kafir, lalu menyudahi seluruh amalku dengan amal yang buruk.”

Dalam pandangan Islam semua manusia itu sama, tidak dibeza-bezakan kerana status sosial, harta, keturunan, atau latar belakang pendidikannya. Manusia yang paling mulia darjatnya di sisi Allah adalah orang yang paling tinggi ketakwaannya di antara mereka. Maka, sebahagian ulama bedo’a:

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ صَبُوْرًا وَاجْعَلْنِيْ شَكُوْرًا وَاجْعَلْنِيْ فَيْ عَيْنِيْ صَغِيْرًا وَفِيْ أَعْيُنِ النَّاسِ كَبِيْرًا

Ya Allah, jadikanlah aku orang yang pandai bersabar dan bersyukur; jadikanlah aku seorang yang hina menurut pandangan diriku sendiri; dan jadikanlah aku orang yang besar menurut pandangan orang lain.

–Syekh Nawawi Al-Bantani, kitab Nasha’ihul ‘Ibad.

Leave a Comment